Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan parti itu akan bergabung dengan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke 15, sekiranya Barisan Nasional gagal mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.<br /><br />Menurut beliau, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya berasaskan andaian semata-mata yang mahu memberi gambaran salah kepada pengundi ketika berkempen.